Masih terngiang-ngiang di telinga kita lagu terkenal arwah Tan Sri P.Ramlee..
"tanya sama pokok apa sebab goyang,nanti jawab pokok angin yang goncang,tanya sama angin,apa sebab goncang nanti jawab angin,tanyalah awan,awan nanti kata aku kandung air, sampai tempat sejuk aku pun cair, lihat dalam air,nampak bayang-bayang,campak satu batu,bayang pun hilang.."...
Skrip yang penuh makna,suka dan duka kisah kehidupan kita..penulis ingin menterjemahkan satu baris skrip ayat "campak satu batu bayang pun hilang". ini menunjukkan kehidupan yang tenang,kalu tidak diganggu oleh apa-apa tidak akan sama sekali berkoncang.
kehidupan pada hari ini terang-terangan menunjukkan kehidupan kita sebagai manusia yang dipenuhi teman,kawan,kekasih dan juga musuh.Kita tidak akan bahgia jikalau tidak berkasih dan berteman,tidak akan sedih kalau tidak kehilangan kawan..tetapi kita goyah dan goncang apabila menghadapi musuh..
Akhir sekali,penulis ingin mengingatkan kita semua agar kita sama-sama bersedia merintangi dugaan, suka dan duka kehidupan demi mencapai apa yang di hajatkan. fahamilah apa yang tersirat di sebalik yang tersurat sebelum terlambat..
Penternakan Lobster Air tawar satu benda baru yang harus diterokai bersama..
penternakan Lobster air tawar kian menjadi-jadi..
keunikan lobster air tawar..
Masa Depan Penternakan Lobster Air Tawar.
Lobster air tawar atau juga dikenali sebagai Udang Kara kini kian popular dan permintaan pasaran yang meningkat naik. Warnanya yang amat unik pasti menarik hati si pembeli.
Antara 3 aset utama sekiranya anda seorang penternak Lobster air tawar : Anda..
1. Boleh menjual Lobster ini sebagai haiwan perhiasan dan hobi.
2. Boleh menjual Lobster ini sebagai makanan. Menurut kajian, isi udang kara ini lebih enak dan manis berbanding Lobster air masin. Ini ditambah pula dengan isinya yg rendah kolestrol.
3. Boleh menjual Lobster ini sebagai induk kepada penternak yang baru..
Kawasan serta air yang bersih untuk memastikan lobster terhindar dari penyakit.
Cara penjagaan/penternakan.
Cara penjagaan Lobster Air Tawar sangat mudah berbanding penternakan udang yang lain. Ini kerana penternak hanya perlu memastikan..
1. Air sentiasa bersih.
2. Makanan yang di bekalkan mencukupi.
3. Oksigen yang di bekalkan bersesuaian dengan saiz habitat Lobster.
Tempat perlindungan Lobster.
Cara Pemakanan Lobster.
Lobster ini akan memakan sesama mereka sekiranya makanan yang dibekalkan tidak mecukupi.
Antara makanan yang sesuai untuk Lobster ini :-
1. Ubi keledek yang di potong dadu.
2. Pallet ikan dasar.
3. Isi ikan yang di potong halus.
4. Kacang hijau yang di rendam semalaman.
Tempat perlindungan amat penting untuk memastikan lobster ini berlindungan daripda musuh.
Anak-anak Udang seteleh diasingkan daripada induk.
Pembiakan Lobster.
Lobster ini mudah membiak sekiranya faktor sekeliling dan habitat yang sesuai, Kolam jenis simen amat sesuai untuk pembiakan lobster ini. Aquarium juga boleh digunakan. Dan selepas lobster ini bertelur,ia harus di asingkan daripada induk-induk yang lain untuk mengelakkan daripada dimakan.
Setelah 30-40 hari lobster mengeram, telur akan mula memecah dan membentuk anak-anak udang. Lobster dewasa mampu menghasilkan anak sehingga mencecah 500 ekor setiap kali bertelur.
Anak-anak udang harus diasingkan setelah ia mula bergerak secara bebas jauh dari induknya. Ini bertujuan untuk mengelakkan induk ini memakan atau mencederakan anak udang tadi.
Proses penukaran kulit.
Lobster ini akan menukar kulit selepas proses pengeraman. Biasanya ia akan memakan semula kulitnya tadi kerana kulit tadi akan memberi sumber protien,
Awas!! Induk yang melakukan proses pertukaran kulit amat sensitif dan mudah diserang induk lain. Selapas proses ini dilakukan, kulit udang yang baru akan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam untuk kembali keras seperti sedia kala.
Lobster akan memakan semula kulit yang ditukar tadi untuk mendapatkan protien tambahan.