Tuesday, January 25, 2011

mencuri kesempatan dalam kesulitan..

salam pembaca dari penulis..
hari yang indah nan ceria..tenang dan aman..Tenang??hurmm.satu dun yang kini menjadi himpunan para pemimpin politik yang berbeza latar belakang,warna kulit dan pangkat. Duduk satu perkampungan,satu hotel dan saling bertukar fikiran.Itulah masyarakat majmuk di Malaysia yang saling memerlukan. Berbalik kepada dun tenang, dua parti politik yang ditubuhkan sekian lama kini menjadi buah mulut penduduk setempat..Apakah isu yang dibawa calon Pas mendapat sokongan? Kerajaan Islam, isu salam, dan lain lagi..adakah masyarakat di dun tenang mahukan ini semua? mahukan satu pmerintahan yang baru yang lebih mementingkan syariah islam?? ataupun mahukan pemerintahan yang sejak 50 tahun dahulu yanag kekal aman sehingga sekarang.. bagi penulis, pas atau umno masing-masing mempunyai keistimewaan yang amat diperlukan oleh semua pihak dari segi pembangunan mahupun agama. pas sebuah parti yang tulus dalam perjuangkan islam selaras dengan pembangunan manakala umno tetapa utuh sejak sekian lama.
sama-samalah kita doakan kemenangan untuk pihak yang ikhlas...
insyaAllah yang benar akan terus berjuang ..

penternakan Lobster air tawar kian menjadi-jadi..

penternakan Lobster air tawar kian menjadi-jadi..
keunikan lobster air tawar..

Masa Depan Penternakan Lobster Air Tawar.

Lobster air tawar atau juga dikenali sebagai Udang Kara kini kian popular dan permintaan pasaran yang meningkat naik. Warnanya yang amat unik pasti menarik hati si pembeli.

Antara 3 aset utama sekiranya anda seorang penternak Lobster air tawar : Anda..

1. Boleh menjual Lobster ini sebagai haiwan perhiasan dan hobi.

2. Boleh menjual Lobster ini sebagai makanan. Menurut kajian, isi udang kara ini lebih enak dan manis berbanding Lobster air masin. Ini ditambah pula dengan isinya yg rendah kolestrol.

3. Boleh menjual Lobster ini sebagai induk kepada penternak yang baru..

Kawasan serta air yang bersih untuk memastikan lobster terhindar dari penyakit.

Kawasan serta air yang bersih untuk memastikan lobster terhindar dari penyakit.

Cara penjagaan/penternakan.

Cara penjagaan Lobster Air Tawar sangat mudah berbanding penternakan udang yang lain. Ini kerana penternak hanya perlu memastikan..

1. Air sentiasa bersih.

2. Makanan yang di bekalkan mencukupi.

3. Oksigen yang di bekalkan bersesuaian dengan saiz habitat Lobster.

Tempat perlindungan Lobster.

Tempat perlindungan Lobster.

Cara Pemakanan Lobster.

Lobster ini akan memakan sesama mereka sekiranya makanan yang dibekalkan tidak mecukupi.
Antara makanan yang sesuai untuk Lobster ini :-

1. Ubi keledek yang di potong dadu.

2. Pallet ikan dasar.

3. Isi ikan yang di potong halus.

4. Kacang hijau yang di rendam semalaman.

Tempat perlindungan amat penting untuk memastikan lobster ini berlindungan daripda musuh.

Anak-anak Udang seteleh diasingkan daripada induk.

Anak-anak Udang seteleh diasingkan daripada induk.

Pembiakan Lobster.

Lobster ini mudah membiak sekiranya faktor sekeliling dan habitat yang sesuai, Kolam jenis simen amat sesuai untuk pembiakan lobster ini. Aquarium juga boleh digunakan. Dan selepas lobster ini bertelur,ia harus di asingkan daripada induk-induk yang lain untuk mengelakkan daripada dimakan.

Setelah 30-40 hari lobster mengeram, telur akan mula memecah dan membentuk anak-anak udang. Lobster dewasa mampu menghasilkan anak sehingga mencecah 500 ekor setiap kali bertelur.

Anak-anak udang harus diasingkan setelah ia mula bergerak secara bebas jauh dari induknya. Ini bertujuan untuk mengelakkan induk ini memakan atau mencederakan anak udang tadi.

Proses penukaran kulit.

Lobster ini akan menukar kulit selepas proses pengeraman. Biasanya ia akan memakan semula kulitnya tadi kerana kulit tadi akan memberi sumber protien,

Awas!! Induk yang melakukan proses pertukaran kulit amat sensitif dan mudah diserang induk lain. Selapas proses ini dilakukan, kulit udang yang baru akan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam untuk kembali keras seperti sedia kala.

Lobster akan memakan semula kulit yang ditukar tadi untuk mendapatkan protien tambahan.

Lobster akan memakan semula kulit yang ditukar tadi untuk mendapatkan protien tambahan.