Monday, January 2, 2012

Antara Bola dan Rasuah!

GOAL!!!itulah harapan penyokong dan pemain bola sepak.... Tp tak semua orang tahu dunia bolasepak ini mempunyai penyakit yang tak asing lagi dalam dunia ini..RASUAH...hehe..kalu kite dgr mesti pelik...tak kan bola sepak pon ada rasuah..btul tak??tp ini lah hakikat nya...di peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Baru-baru ni bekas player pasukan ITALY didakwa atas tuduhan rasuah..ERRMM...tu peringkat antarabangsa..yang peringkat kebangsaan di Malaysia pon masih berleluasa kes ni..APA nak jd ni!!

Baru-baru ni saya terdengar salah seorang cakap.." Wei, Sal bodoh sgt dia lepas bola tu,sedangkan bola tu patut senang je dia ambik."..Kalau dalam kes macam ni, di peringkat kebangsaan...Patut dan pantaskah orang macam ni bermain mewakili negeri? Layakkah dia sedangkan dalam situasi dan keadaan yang senang pon tak dapat nak kawal bola...Macam mana dia terplilih dan melepasi pemilihan untuk mewakli negeri??Ermmm...Ini yang menjadi persoalan.Adakah ini yang dinamakan rasuah??HAHA.Agak lawak kalu kita dengar pemain tempatan rasuah tapi ini hakikat.Kalu di selidik pasti ada udang di sebalik batu.....Kalu nak di ikutkan range gaji bola sepak di Malaysia amat tinggi..boleh mencecah belasan ribu...

Ye Sahabat..fikir-fikir kan lah ye..Sebab apa bola sepak tempatan tak naik ke peringkat antarabangsa...Sebab nya ada segelintir yang berfikiran sempit...yang ambil rasuah demi duit poket sendiri sehingga sanggup jual game untuk pihak lawan...Errmm...memang siaalll kalu masih berkelakuan macam ni.

Harapan saya untuk pemain bola sepak di semua peringkat di Malaysia dari peringkat sekolah,zon ,daerah,negeri.... Ayuh kawan-kawan kita buang perangai yang siaalll macam ni...kita lonjakan Malaysia hingga Malaysia boleh ke World cup...kalu takat nak amik RM10K tak kemana duit tu..tp kalu menang dalam sesuatu game, kepuasan tak kan dilupakan hingga bila-bila....

SEKIAN...MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

penternakan Lobster air tawar kian menjadi-jadi..

penternakan Lobster air tawar kian menjadi-jadi..
keunikan lobster air tawar..

Masa Depan Penternakan Lobster Air Tawar.

Lobster air tawar atau juga dikenali sebagai Udang Kara kini kian popular dan permintaan pasaran yang meningkat naik. Warnanya yang amat unik pasti menarik hati si pembeli.

Antara 3 aset utama sekiranya anda seorang penternak Lobster air tawar : Anda..

1. Boleh menjual Lobster ini sebagai haiwan perhiasan dan hobi.

2. Boleh menjual Lobster ini sebagai makanan. Menurut kajian, isi udang kara ini lebih enak dan manis berbanding Lobster air masin. Ini ditambah pula dengan isinya yg rendah kolestrol.

3. Boleh menjual Lobster ini sebagai induk kepada penternak yang baru..

Kawasan serta air yang bersih untuk memastikan lobster terhindar dari penyakit.

Kawasan serta air yang bersih untuk memastikan lobster terhindar dari penyakit.

Cara penjagaan/penternakan.

Cara penjagaan Lobster Air Tawar sangat mudah berbanding penternakan udang yang lain. Ini kerana penternak hanya perlu memastikan..

1. Air sentiasa bersih.

2. Makanan yang di bekalkan mencukupi.

3. Oksigen yang di bekalkan bersesuaian dengan saiz habitat Lobster.

Tempat perlindungan Lobster.

Tempat perlindungan Lobster.

Cara Pemakanan Lobster.

Lobster ini akan memakan sesama mereka sekiranya makanan yang dibekalkan tidak mecukupi.
Antara makanan yang sesuai untuk Lobster ini :-

1. Ubi keledek yang di potong dadu.

2. Pallet ikan dasar.

3. Isi ikan yang di potong halus.

4. Kacang hijau yang di rendam semalaman.

Tempat perlindungan amat penting untuk memastikan lobster ini berlindungan daripda musuh.

Anak-anak Udang seteleh diasingkan daripada induk.

Anak-anak Udang seteleh diasingkan daripada induk.

Pembiakan Lobster.

Lobster ini mudah membiak sekiranya faktor sekeliling dan habitat yang sesuai, Kolam jenis simen amat sesuai untuk pembiakan lobster ini. Aquarium juga boleh digunakan. Dan selepas lobster ini bertelur,ia harus di asingkan daripada induk-induk yang lain untuk mengelakkan daripada dimakan.

Setelah 30-40 hari lobster mengeram, telur akan mula memecah dan membentuk anak-anak udang. Lobster dewasa mampu menghasilkan anak sehingga mencecah 500 ekor setiap kali bertelur.

Anak-anak udang harus diasingkan setelah ia mula bergerak secara bebas jauh dari induknya. Ini bertujuan untuk mengelakkan induk ini memakan atau mencederakan anak udang tadi.

Proses penukaran kulit.

Lobster ini akan menukar kulit selepas proses pengeraman. Biasanya ia akan memakan semula kulitnya tadi kerana kulit tadi akan memberi sumber protien,

Awas!! Induk yang melakukan proses pertukaran kulit amat sensitif dan mudah diserang induk lain. Selapas proses ini dilakukan, kulit udang yang baru akan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam untuk kembali keras seperti sedia kala.

Lobster akan memakan semula kulit yang ditukar tadi untuk mendapatkan protien tambahan.

Lobster akan memakan semula kulit yang ditukar tadi untuk mendapatkan protien tambahan.